27 Jun 2013

Study last minit spm

Saya nak share apa yang saya buat kalau tinggal sebulan lagi mau SPM. Last year kan saya ambil SPM. So masih ingat la apa yang perlu kena buat.

Kalau dapat setiap subjek la mau buat penerangan.

MULA!

1. Bahasa Melayu

Ok! So serius ini subjek sangat bonus kepada anda. Sebab memang sudah jadi bahasa seharian. Kalau saya last minit sudah, saya pergi cari la soalan-soalan negeri lain pasal soalan yang Komsas tu. Sebab tu yang paling perlu banyakkan latihan. Mesti score banyak sana. Full mark free jak boleh dapat.

Kalau karangan tu, cikgu saya bagi nasihat sebolehnya jangan buat cerita la sebab semua orang ada 'taste' yang berbeza, nanti kalau pemeriksa tu boring? Huh. Tau2 jak laa markah dia camna. So better buat karangan FAKTA! Sebab isi kandungan dia senang diolah. Dan seperkara yang paling penting, karangan tu mesti ada pepatah, peribahasa dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak mulakan sesuatu karangan tu, perlulah guna ayat yang bombastik!
Contoh: Marcapada, Dewasa ini, dan banyak lagi! Ayat first bagi karangan tu perlu mantap! Kenapa? First impression paling penting untuk dapat markah tinggi dari pemeriksa. Ingat! Bukan kita yang mau baca! Kalau mau dapat result gempak macam saya, mesti la buat lain dari yang lain. Kan. Ayat bombastik yang dimaksudkan bukanlah sampai ayat-ayat tu berbelit. 

Contoh ayat smart: Sudah terang lagi bersuluh, kita sering bla2......
Kalau buat satu ayat panjang la! Cari lah sendiri! Itu jak la kalau BM. Yang penting karangan mesti ada peribahasa.! Ok? Mr. Google ada.


2. Bahasa Inggeris

Seriously, ini subjek sangat lah senang kalau tau taktik dia. Camna saya buat dulu? Before SPM, saya cari karangan cerita yang mantap. Buku Chicken Soup tu sangatlah banyak telampau cerita yang sedih. Better cari cerita yang sedih. Kalau BI pula lain. Fakta tak best sangat. Tapi cerita yang best. Time SPM tu, hafal satu karangan berbentuk cerita. Tapi make sure cerita tu best, sama ada lawak, sedih, gembira dan sebagainya. Tapi kalau combination all those stories mesti mantap kan. Cari cerita? Banyak di internet, majalah-majalah BI, buku rujukan. Just ambil satu karangan yang dirasakan mantap! Pastu hafal, write down on the paper! Finished! Macam tu la buat time SPM. Dan kalau mau markah mantop, mesti lah juga masukkan idioms.! Word connecters dilupa jangan. DuH! MUET. Ok?


3. Mathematics

Subjek paling diminati. Tiada cara lain untuk score subjek ini melainkan buat latihan banyak. Past year Querstion tu buat.! Sebab biasanya soalan-soalan bukannya susah sangat. Serius! Minat! Soalan-soalan negeri lain tuu banyak! Minta jak dekat cikgu-cikgu sekolah. Kalau tak faham, tanya kawan yang pro dalam subjek ini. Ok? Tu jak cara dia, melainkan la kalau kamu ni Genius.! Latihan! Latihan. Latihan! InsyaALLAH A sudah dalam genggaman.


4. Sejarah

Kalau sesiapa yang tidak minat sejarah mungkin ini suatu yang malang! Dia akan mengulangi kesilapan. Macam kena tulis di buku sejarah tu. Kan2. Sejarah, no doubt! Perlu hafal. Buat latihan soalan-soalan negeri lain. Terutamanya Terengganu, Kelantan dan yang sama waktu dengannya. Tanya lah kawan-kawan pasal soalan ramalan. Tapi saya dulu mana percaya ramalan-ramalan semua ni. Baca jak semua. Tapi before SPM, cikgu ada bagi tajuk-tajuk yang HOT. So, memang itu lah juga yang keluar! Kalau cikgu yang bagi, baca itu! Dahsyat.! Itu juga yang keluar tu. Takkan cikgu mau bagi ajaran sesat kan.

Cara jawab? Soalan esei mesti dalam bentuk esei/karangan. Kalau buat point, for sure, you'll get half mark only! Kalau dah blank sangat pun, tulis saja apa yang terlintas. Sometimes, kalau kita black out dan tak tahu apa yang perlu ditulis, camna mau buat? Sebulan ni, baca lah buku! Pastu kalau soalan bahagian A tu, kalau macam dia minta jawapan dua atau tiga.

Contoh: Apakah pekerjaan masyarakat Mesir Purba? Dia minta dua. Tapi jangan jawab dua saja, sebab dalam skema tu banyak jawapan diberikan. So just tulis apa-apa yang berkaitan. Melainkan kalau dah sure, tak payahlah mau kasi tulis banyak-banyak.! Conclusion, untuk sejarah, perlu baca!


5. Pendidikan Islam

Ok! Ini antara subjek bonus juga! Tapi sayangnya saya dapat A sahaja. Mungkin over confident kali! Bongok! Tensyen untuk PAI! Untuk PAI, perlu lah juga baca diikuti dengan amalan. Haha! Share pasal cara jawab jak lah.

Mesti! Nombor soalan perlu ditulis! Dan setiap soalan tu mesti ada kata kunci dia. Apa tu kata kunci?
Contoh: Berikan hikmah tidur. (Tiada dalam silibus, OK?!)

Cara jawab: Antara hikmah tidur adalah: 
1. tidak mengantuk
2. ketenangan


Contoh lain: Jelaskan dua bentuk perut manusia.
Cara jawab: Bentuk-bentuk perut manusia adalah:

1. Bujur
2. Boroi
3. Bulat

Bagi seberapa banyak yang mampu!

Tapi kalau macam dia minta dua, bagi ja seberapa banyak, maksimum 8! Biar paper habis.
Kalau dia minta perbezaan, buat dalam bentuk table. Satu column tu untuk kebaikan satu lagi keburukan. Dan kalau mau jawab, jangan buat dalam bentuk ayat kecuali kalau soalan minta maksud ayat. Kata kunci perlu ada! Dan ayat hafazan tu wajib hafal!! Markah paling bonus! Senang sungguh kalau hafal! Serius. SPM bukan susah!


6.  Pendidikan Moral

Saya tidak ambil. Tapi kawan yang non-muslim ada yang ambil. Camna diorang buat? Mesti! Macam PAI juga. Mesti ada kata kunci.

Contoh: Apakah maksud kerjasama?

Cara jawab: Kerjasa bermaksud...bla bla bla. Panjang kan tuu. 

Dan satu, mesti hafal benda tu! Wajib. Semua mesti dijaga. Tatabahasa. Moral pun macam BM juga. Tak leh straight forward jawab. Mesti ada kata kunci. So, hafal lah benda-benda yang patut! Sory sebab saya tidak ambil moral. Hehe!


7. Add Maths

Macam maths juga, memang subjek kegemaran saya.! Ok. Paling simple la kalau add maths, kamu buat soalan past year tu! Sebab ikut pengalaman, bukannya ada beza sangat pun. Paper 2 la. Kalau bahagian A tu wajib kan buat semua. So wajiblah kuasai semua tu. Bahagian B, kamu fokus dengan part yang kamu minat jak. Mungkin circle. Mungkin coordinate geometry. Kalau masa sebulan ni, tak yah nak susah-susah pi belajar semua benda. Fokus pada yang kamu minat saja! Bahagian C pula lagilah senang. Sebab jawab dua daripada 4 soalan. Kamu pilih betul soalan yang kamu mau jawab nanti SPM. Serius! Bukan susah! Dan sekarang bukan masa untu cover semua benda. Fokus dengan topik-topik tertentu saja.! Ok? Saya dalam masa sebulan ni jawab past year question saja. Sebab bukan banyak perbezaan pun kena tukar untuk setiap tahun! Sampai hafal sudah soalan-soalan. Past Year Question! Sekali lagi. Fokus topik tertentu. Jangan menggelabah.!


8. Chemistry

Sebab saya minat, so. Dapat lah jugak. Kalau kimia, perlu faham! Sebulan ni apa saya buat ar? Share ilmu yang ada. Buku rujukan yang saya guna ialah Longman! Sebab best gila! Camna ek mau jawab kimia? Sebab saya dulu skul asrama, so senang lah mau tanya-tanya dan ditanya. Yang penting kamu pegi jawab soalan-soalan negeri lain.! Macam biasa, paling hot soalan di Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan lah percaya sangat, nanti tiada yang keluar, jangan pula salahkan saya. Paper 3 la. Bahagian yang buat experiment tu, hafal apa yang patut. Kalau kimia banyak yang perlu dibuat. Bukan mau menakutkan, tapi ya la. Banyak.! Sebulan ni pegi la bjumpa kawan-kawan yang hebat dalam subjek-subjek tertentu. Takkan diorang tak nak tolong kan?! Kimia, jawab soalan-soalan negeri lain. Jawab dalam bentuk point!


9. Biology

Bio, macam sejarah, perlu faham dan hafal. Macam saya, time SPM baru mau menghafal! WTH! Syukur dapat gak walaupun tak seberapa. Hafal dan terus hafal! Sebulan ni kurangkan lah aktiviti bersukan. Sebab SPM sekali jak. Kalau jawab bahagian esei tu, lebih baik buat dalam bentuk point. Supaya memudahkan pemeriksa tu menanda kertas kamu! Baca! Baca! dan Baca!


10. Physics

Kalau fizik, dia pasal logik kan. So perlu fikir logik untuk jawab semua tu. Jawab pun mesti dalam bentuk point! Paper 2 bahagian B dan C tu sangatlah main hentam jak jawab! Tapi sekali lagi jawapan mesti la logik! Fizik, faham, hafal maksud certain topic dan think logically!




Keseluruhan

Peribahasa BM dan BI. Kata kunci. Jawab dalam bentuk point bagi Kimia, Biologi dan Fizik.! Itu jak lah.

Interesting part

Kalau di sekolah mungkin lah kan 80 baru dapat A, 90 A+, 39 G. Tapi kalau SPM bukan macam tu, sebab dia ikut keseluruhan pencapaian pelajar tahun tu. 

Biasanya paling obvious, ada orang sentiasa markah pun macam siput untuk add maths, tiba2 SPM dapat B, A dan sebagainya. Tapi sini saya mau membuka peluang la supaya bersemangat!

Kalau SPM, mungkin 80 dah A+, 60 dah A-, 40 dah D, dan 35 sudah E. Jadi kegagalan tu bukanlah mudah untuk dapat! Hehe. Kejayaan lebih mudah.! Sebab tu la mungkin kementerian berhentikan pemberian biasiswa kepada pelajar SPM. Sebab markah tidak fair. Haha!

Bagi contoh lah. 

Add Maths. Sebab sentiasa gagal. Ikut tips yang saya bagi atas tu, then. 
Contoh: Paper 1 - dapat lah juga 40. Ok lah tu! Paper 2 - dapat lah juga 40. Total 80. Total percent dapat lah juga 44%. Nah! Kalau di skul ofkos lah dapat E. Tapi kalau SPM, 44% tu mungkin lah boleh dapat C sudah!!!!!! 
Bukan apa, tapi just bagi sinar harapan bahawa semua orang boleh berjaya! 
So target lah awal2! Kalau boleh mesti lah dapat markah tinggi kan. 

Contoh:
BM - 65% (B+)
BI - 65% (B+)
SEJ - 65% (B+)
PAI - 70 (A-)
MATHS - 65% (B+)
ADD MATHS - 60% (B)
KIMIA - 60% (B)
FIZIK - 60% (B)
BIO - 60% (B)

Contoh lah kalau kamu dapat camni kan. Untuk result di sekolah, mestilah tak dapat A kan. Tapi trust me!!!! Gred tu berdasarkan graf! So ada harapan untuk dapat A semua!!!!!! InsyaALLAH!!! Just bagi harapan!
 
sumber :  http://apekblogger.blogspot.com/2011/10/tips-last-minit-kepada-pelajar-spm.html

Bonjour ! Thanks for reading :)